Program Khidmat Masyarakat
1 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2019(Sabtu), telah diadakan Program Khidmat Masyarakat“Community and Social: Youth Transformation 3.0” anjuran UITM Kota Samarahan yang diadakan di Pusat Internet Sibuluh.Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut .
OBJEKTIF DAN FAEDAH PROGRAM
i. Membangunkan perhubungan antara masyarakat luar bandar dengan bekerjasama meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para belia, menyokong Hal Ehwal Pelajar dengan mempromosikan UiTM dengan masyarakat dengan khidmat kemasyarakatan.
ii. Menggalakan para pensyarah dan pelajar mengikuti dan menyokong usaha IPT “Go Rural” untuk mengintegrasikan akademik dan kokurikulum di luar bandar.
iii. Meningkatkan nama UiTM sebagai pelbagai aktiviti kemasyarakatan
iv. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pelajar UiTM dan para belia luar bandar dalam bidang IT.
v. Meningkatkan jaminan pekerjaan kepada para graduan UiTM dengan mewujudkan kebolehpasaran portfolio yang berasaskan kemahiran yang pelbagai dan kepakaran yang diperakui oleh industri di masa hadapan.
Program ini bermula pada jam 08.00 pagi hingga 06.00 petang dan disertai penduduk di sekitar kawasan Daerah Bau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: